Berminat untuk menjadi jurulatih bola sepak? Inilah peluang anda!

Ayuh sertai Kursus Kejurulatihan Lesen C yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor.

SESI 1: 4 Ogos 2019 – 10 Ogos 2019

SESI 2: 25 Ogos 2019 – 27 Ogos 2019

Tempat: Kuala Selangor
Terhad kepada 24 orang peserta.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:-
019-3950746 / 019-3660319
www.coachbolasepak.com

PENDAFTARAN INI MEMERLUKAN ANDA MEMPUNYAI EMAIL GMAIL UNTUK MUAT NAIK LESEN KEJURULATIHAN D atau AWALAN, SALINAN KAD PENGENALAN BERWARNA

Maklumat Penting & Syarat-Syarat Individu bagi Permohonan Kursus Kejurulatihan Lesen C

 

Syarat Utama Bagi Pemohon

Syarat-Syarat Utama Bagi Pemohon adalah seperti berikut:

1. Sudah lulus menjalankan Kursus Kejurulatihan Lesen D.
2. Sudah mempunyai sijil Kursus Kejurulatihan Lesen D.
3. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit yang serius.
4. Tiada mempunyai kecederaan yang serius yang menghalang peserta terlibat dalam aktiviti padang.

 

Cara Permohonan

Borang permohonan perlulah lengkap di-isi oleh peserta. Permohonan yang tidak lengkap, dianggap tidak diterima untuk urusan pemprosesan.

Permohonan hanya melalui ‘online’ sahaja.

Dokumen diperlukan adalah salinan kad pengenalan (mestilah berwarna), salinan, gambar berukuran ‘passport’ (berlatar belakang samada biru atau putih) dan salinan sijil kejurulatihan Awalan atau Lesen D (mestilah berwarna).

Dokumen ini dalam bentuk ‘softcopy’ menggunakan format PDF sahaja (kecuali gambar, dalam format JPEG diterima).

Rujuk paparan link yang telah disediakan.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1hb Julai  2019.

 

Yuran & Cara Pembayaran

Yuran adalah RM2,000.

Yuran sudah termasuk perkara berkaitan sepanjang kursus iaitu:

a) Tiga helai pakaian baju jersi untuk sesi padang.
b) Dua helai pakaian baju berkolar untuk sesi kelas.
c) Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
d) Minuman ringan untuk sesi latihan padang pagi dan petang.
e) Penginapan sepanjang kursus.
f) Pemain demo untuk digunakan bagi sesi practical assessment sebanyak 3 kali.

Hanya 24 peserta dibenarkan untuk memohon. Oleh itu, pendaftaran berdasarkan kadar segera peserta memohon.

Jika sudah melebihi 24 peserta, nama akan disenaraikan dalam ‘senarai menunggu’.

Deposit 25% atau RM500 perlu disertakan ketika mengisi & menghantar borang permohonan secara ‘online’.

Slip transaksi pembayaran perlu disertakan ketika mengisi & menghantar borang permohonan secara ‘online’.

Permohonan tanpa sebarang deposit pembayaran tidak akan diproses.

Bayaran penuh perlu diselesaikan sebelum program kursus dijalankan iaitu ketika lapor diri.

 

Maklumat-Maklumat Lain Perlu Diketahui

Program kursus kejurulatihan bolasepak Lesen C ini adalah penganjuran bersama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Hana World Sports, pemunya laman web CBS (coachbolasepak.com).

Untuk menyertai Lesen C, peserta mestilah sudah lulus Lesen D atau Awalan terlebih dahulu. Oleh itu, walaupun sudah mempunyai Lesen Grassroot sahaja, tidak dibenarkan menyertai kursus Lesen C.

Bagi peserta yang mendapat keputusan ‘Pro-Pass’, yuran adalah sebanyak RM50.

Kursus ini mempunyai jangka masa selama 14 hari.

Kursus ini dijalankan mengikut pecahan berikut:

Satu (1) minggu kursus (sesi pertama).
Dua (2) minggu rehat.
Satu (1) minggu kursus (sesi kedua).

Kedatangan untuk kesemua sesi adalah wajib dan memberi impak besar terhadap markah lulus peserta.

Kesemua kursus kejurulatihan adalah dibawah pemerhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Oleh itu, sijil kursus akan dikeluarkan oleh pihak FAM itu sendiri.

Nama instruktor dan nama pembantu instruktor adalah di bawah tanggungjawab FAM melalui Bahagian Pendidikan Kejurulatihan (Coach Education Department). Oleh itu pihak penganjur tiada hak untuk memilih instruktor dan pembantu instruktor.

Penganjur mempunyai hak untuk menukar tarikh dan tempat kursus.

(Pastikan sudah membaca & memahami setiap perkara maklumat penting & syarat-syarat individu sebelum mendaftar.)

PENDAFTARAN KURSUS KEJURULATIHAN LESEN C AFC/FAM

Semua maklumat lanjut dan semua pendaftaran boleh dilakukan di www.coachbolasepak.com atau link yang disertakan di bawah ini.

 

Sebelum mendaftar:

  1. Sila baca Syarat Individu (Utama)
  2. Sila baca Yuran & Cara Pembayaran
  3. SIla baca Maklumat-Maklumat lain

Daftar:

https://forms.gle/DWeenAbjW4gE5N2n7

https://forms.gle/DWeenAbjW4gE5N2n7

https://forms.gle/DWeenAbjW4gE5N2n7

Close Menu