Lewat tahun 2018, jurulatih-jurulatih kami di coachbolasepak.com dapat melihat perubahan yang telah dibuat didalam sesi kejurulatihan atau kursus kejurulatihan yang dikendalikan samada oleh pihak persatuan negeri dan pihak persatuan bolasepak itu sendiri.

Ini semua untuk diselarikan dengan perancangan badan induk bola sepak negara, iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui roadmap FAM30. Kalau lihat dengan jelas, pembangunan jurulatih telah dimasukkan ke dalam aturcara aktiviti sehingga tahun 2030. Ini adalah langkah FAM yang kami sambut baik.

Menurut peserta kursus kejurulatihan tahun 2018, program yang dijalankan juga berbeza dari segi silibus yang disampaikan oleh tenaga pengajar yang dilantik bagi menjalankan tugasan. Silibus kejurulatihan terkini adalah acuan yang mahu diterapkan oleh pihak FAM supaya mana mana jurulatih yang mengikuti kursus dapat menerima ilmu yang baru dan mengikut acuan bolasepak moden.

Sehingga hari ini, masih ada lagi jurulatih membawa falsafah bola sepak tahun 1990-an, iaitu masih menggunakan klasik formasi 4-4-2 dan menerapkan bola sepak long ball.

Di coachbolasepak.com ,  pihak kami sendiri menekankan tentang bolasepak  moden yang kini menjadi intipati program bolasepak tidak kira di benua mana sekalipun. Perkara ini boleh dilihat jelas dalam laporan Piala Dunia 2018 dimana idea falsafah bola sepak moden telah menjadi pemacu pembangunan sesebuah negara sehingga melayakkan negara tersebut ke pentas akhir Piala Dunia.

Di Malaysia atau di pihak coachbolasepak.com sendiri sentiasa menjadi pemerhati perkembangan bolasepak moden ini. Pihak kami hanya melihat di rantau Asia atau lebih fokus lagi, rantau Asia Tenggara sahaja yang mana pasukan bolasepak negara serantau telah lebih kehadapan dan sudah bermain dengan aliran bolasepak moden.

CoachBolaSepak Silibus Kursus Kejurulatihan.png

Oleh itu, menurut perkongsian peserta yang menyertai kursus kejurulatihan tahun 2018,  mendapati bahawa pihak FAM telah mengolah dan menterjemahkan satu silibus yang terkini dan baru dan berubah secara menyeluruh tentang kursus kejurulatihan yang dijalankan.

Ini adalah pecahan atau penerangan adalah seperti dibawah:

 

Pengenalan Kursus Kejurulatihan Akar Umbi (Grassroot Developement)

Pembangunan akar umbi ini adalah satu inisiatif atau silibus baru yang terkini dijalankan oleh pihak FAM. Program kejurulatihan ini adalah lebih kepada pengenalan teknik teknik asas bolasepak kepada kanak-kanak. Penerapan berkaitan akar umbi dan falsafah akar umbi ini diterangkan didalam kursus ini.

Sebagai contoh, pembangunan akar umbi ini bersangkut paut dengan falsafah bolasepak dimana kemenangan bukan segalanya, Bolasepak yang dimainkan perlu seronok dan anak-anak yang bermain dapat menjalankan aktiviti bolasepak dan pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan.

Kursus kejurulatihan akar umbi ini menekankan teknik asas bola sepak tentang cara menendang yang betul, menahan bola yang betul, teknik hantaran pendek atau panjang yang betul dan juga yang lebih penting adalah teknik mengawal bola yang sangat-sangat ditekan dalam kursus ini.

Pada satu ketika dahulu, teknik-teknik yang disebutkan diatas hanya dapat diperolehi jika anda mengambil atau menyertai Kursus Kejurulatihan Lesen D AFC/FAM atau yang terdahulu yang dikenali sebagai Kursus Kejurulatihan Awalan Bola Sepak.

Tetapi kini, pengajaran tentang teknik asas bolasepak tidak lagi diajar dalam silibus Lesen D tetapi diterjemahkan ke dalam kursus kejurulatihan Grassroot, lebih fokus pembangunan akar umbi.

Satu tindakan yang sangat bijak dan sangat disokong oleh pihak kami supaya jurulatih yang berminat untuk mengambil kursus kejurulatihan diluar sana mendapat ilmu dan pendekatan terkini tentang bolasepak.

Penjenamaan Kursus Kejurulatihan Lesen D FAM/AFC

Kursus Kejurulatihan Lesen D diperkenalkan pada awal tahun 2018 menggantikan kursus kejurulatihan yang dikenali sebagai Kursus Awalan Bola Sepak. Kursus Kejurulatihan Awalan ini digantikan dengan kursus akar umbi yang diterangkan diatas.

Kursus Lesen D terkini adalah silibus yang lebih bagus dan acuan yang diperkenalkan oleh FAM untuk jurulatih bolasepak memahami permainan boalsepak secara lebih terperinci. Malah banyak drill menggunakan 5v5.

Jika dilihat topik dan silibus yang diajar diatas didalam Kursus Kejurulatihan Lesen D kita dapat melihat kebanyakan topik berkisar tentang taktikal permainan. Cuma harus diingatkan bahawa topik dan silibus ini sendiri merangkumi asas asas permainan bolasepak seperti hantaran, kawalan bola dan juga posisi.

Pihak kami di coachbolasepak.com juga dapat melihat tiada lagi arahan arahan yang hanya berlaku pada satu hala iaitu ‘coach centered’ yang mana hanya jurulatih memberikan arahan kepada pemain dalam melaksanakan arahan.

Silibus dan kursus terkini lebih menekankan kepada ‘player centered’ yang mana membawa maksud pemain perlu lebih banyak berfikir dalam melaksanakan sesuatu taktikal permainan. Pada ini dapat dilihat bahawa pihak berwajib menekankan kreativiti pemain dalam membuat keputusan pada sesuatu permainan, dan juga kreativiti pemain akan berkembang dengan  sendiri serta menjadikan pemain lebih kreatif. Atau dalam erti kata melahirkan ‘intelligent players’.

Pada pandangan kami, program kejurulatihan oleh jurulatih-jurulatih lama lebih kepada melahirkan pemain yang bersifat ‘robot’. Hanya melakukan satu arahan sahaja tanpa ada proses berfikir. Perkara ini boleh menyebabkan corak permainan itu sangat ‘dull’ atau erti kata lain, tiada variasi pergerakan.

Kepada sesiapa diluar sana yang mahu mengambil kursus ini perlu mempunyai serba sedikit ilmu tentang asas bola sepak dan juga taktikal permainan supaya dapat lebih memahami topik atau silibus yang diterangkan dalam sesi kejurulatihan.

Tidak atau tidak kita perlu berubah untuk mencapai tahap permainan bolasepak moden dan tidak lagi pada aras yang statik sahaja. Maka dengan itu jumlah bayaran kursus yang ingin disertai juga semakin mahal kerana silibus dan penekanan yang semakin tinggi dan aras pembelajaran juga semakin meningkat.

Pembaharuan Modul Dalam Kursus Kejurulatihan Lesen C FAM/AFC

Pengenalan kursus kejurulatihan lesen C FAM/AFC juga telah ditingkatkan kepada aras yang lebih tinggi. Salah seorang wakil pihak coachbolasepak.com iaitu Coach Adib Yazid telah menyertai kursus ini yang berlangsung pada pertengahan December 2018 yang lalu di Sabak Bernam bawah anjuran Persatuan Bolasepak Selangor

Beliau telah melihat sendiri dan merasai ilmu dan silibus yang lebih baik dari topik dan silibus terdahulu. Kursus terdahulu adalah sangat berbeza dengan apa yang terdapat dalam silibus lama.

Dapat dilihat juga silibus yang ada dalam kursus kejurulatihan Lesen C terkini adalah mirip topik atau silibus dalam kursus kejurulatihan lesen B AFC/FAM. Banyak perkara telah disentuh dari segi teori. Apatah lagi dalam aspek praktikal di padang.

Tidak hairan jika yuran penyertaan akan menjadi semakin mahal bagi mendapatkan Lesen C pada masa akan datang.

 

Sudah bersedia untuk menjadi jurulatih?

Secara am nya pihak coachbolasepak.com merumuskan bahawa kursus kejurulatihan lesen D terkini adalah topik dan silibus yang berada dalam kursus kejurulatihan lesen C yang dahulu. Silibus didalam lesen D adalah lesen C terdahulu dan lesen D dahulu kini berada dalam kursus pembangunan akar umbi.

Kami amat menyambut baik kepada individu di luar sana yang mahu mendapatkan lesen pertama kejurulatihan. Kami sudi membantu anda untuk membina karier dalam dunia kejurulatihan ini.

 

Close Menu