Coach Bola Sepak - JC 015.jpeg

“Football is a game of mistakes. Whoever makes the fewest mistakes wins.”

Tiada manusia yang lari daripada melakukan kesilapan. Begitu juga sukan yang dimainkan secara popular seluruh dunia, bola sepak. Tiada pemain yang langsung 100 peratus betul sepanjang masa. Lagenda dunia, Pele ataupun idola kami dalam Coach Bola Sepak, Johan Cryuff juga mengakui ada melakukan kesilapan dalam bola sepak.

Apakah beza antara tahap permainan bola sepak peringkat nasional dan peringkat amatur? Bezanya adalah banyak atau kurang melakukan kesilapan.

Apakah beza antara pasukan yang menang dan pasukan yang kalah selepas habis permainan 90 minit? Bezanya pasukan menang kurang membuat kesilapan berbanding pasukan yang kalah.

Itu sahaja, kurangnya membuat silap.

Johan Cryuff berpendapat, bola sepak adalah sukan tentang siapa yang membuat silap.

Jika anda mahu menang perlawanan tersebut, kurangkan membuat kesilapan.

Jika anda mahu menguasai perlawanan? Kurangkan membuat hantaran merapu dan tidak tepat.

Jika anda mahu menjaringkan gol lebih banyak? Kurangkan melakukan kesilapan berada di posisi yang salah dan teknikal sepakan deras yang salah.

Itu lah perbezaan Christiano Ronaldo pada ketika di Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid dan Juventus. Pada awal kemunculan Ronaldo, walaupun tampak hebat, dalam biografi Sir Alex Ferguson seringkali menegur tentang sikap dan skil Ronaldo yang suka membawa bola secara sendirian melalui gelecek.

Kesilapan ini dikurangkan dan menjadi mesin penjaring gol untuk Manchester United, 42 gol satu musim dan dilamar oleh Real Madrid untuk mencipta sejarah di sana. Jadi, jurulatih perlu sentiasa peka untuk mengenalpasti kesilapan pemain dan sentiasa mengingati tentang untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Kurangkan buat silap. Tambahkan kualiti dan memenangi perlawanan.

 

CBS

Close Menu