Memahami Taktikal Secara Mudah Bagi Jurulatih Baru

Jurulatih adalah suara tunggal dalam mengatur segala macam dalam hal pengurusan pemain atas padang. Ini merangkami aspek pemilihan organisasi / formasi, pemilihan kesebelasan pemain, strategi yang mahu digunakan dan taktikal bakal dipakai.

Banyak kerja sebenarnya sebagai seorang jurulatih bola sepak!

Walaupun hari ini banyak lambakan nota-nota tentang taktikal dan strategi permainan bola sepak, asasnya ada tiga perkara sahaja.

  • Width & Depth iaitu merujuk jarak antara posisi pemain.
  • Taktikal umum ketika menyerang (general offensive tactical)
  • Taktikal umum ketika bertahan (general defensive tactical)

Pemahaman mudah untuk membina strategi pasukan bola sepak adalah menjaga posisi pada situasi tertentu, memahami tugas ketika memegang penguasaan bola (menyerang) dan kerja perlu dilakukan ketika hilang bola (bertahan).

Saya akan menerangkan lebih terperinci apakah asas tiga perkara ini.

 

Width & Depth – Jarak Antara Posisi Pemain

Merujuk transilasi secara menerus, width bermaksud keluasan atau lebar manakala depth bermaksud kedalaman. Dalam bola sepak ianya merujuk kedudukan antara satu pemain ke satu pemain lain. Sebagai contoh, jika pemain A berada jauh daripada pemain B dalam jarak 5 meter, ini bermaksud width pasukan adalah besar. Sebaliknya, jika terlalu rapat antara satu sama lain misalnya 2-3 meter, bermaksud pasukan itu mempunyai depth yang tinggi.

Ada jurulatih tidak menggunakan frasa width & depth tetapi menggunakan istilah open merujuk situasi pemain dalam jarak yang luas. Sebaliknya, close atau compact merujuk pemain perlu merapatkan jarak antara pemain dalam pasukan.Jurulatih yang menggunakan bahasa Melayu dalam buka (atau bukak) dan rapat.

Saya selalu menggunakan analogi  pohon semalu untuk menerangkan kepada pemain tentang konsep ini. Pohon semalu, jika tidak diganggu akan berada dalam keadaan terbuka. Akan tetapi, jika diganggu pohon semalu akan menguncup. Begitu juga dengan posisi pemain dalam padang. Jika berada dalam situasi memegang bola, pemain perlu meluaskan jarak supaya hantaran senang dilakukan. Jika pihak lawan memegang bola, pemain perlu merapatkan jarak supaya pihak lawan sukar untuk membuat hantaran.

Apabila berbicara tentang width & depth, ada 5 situasi yang perlu difahami:

  • Width in Attack
  • Width in Defence
  • Depth in Attack
  • Depth in Defence
  • Balance in Attack & Defence

 

Width in Attack

Ini adalah perkara yang selalu digunakan dalam pasukan bola sepak, iaitu mempunyai pemain sayap yang berada di posisi hujung padang. Ini bertujuan untuk mempunyai ruang yang luas untuk pemain sayap menerima bola dan menghantar bola dengan tepat ke ruang tengah atau kotak penalti.

Jika pasukan mempunyai pemain sayap yang laju, arahan pasukan adalah untuk menghantar bola ke ruang kosong di bahagian hadapan kiri atau kanan padang. Ada juga jurulatih meletakkan satu atau dua orang pemain di tengah sebagai ‘pengacau’ atau sebagai target man, bersiap-sedia menerima bola dari hantaran lintang ke tengah.

 

Width in Defence

Ini adalah lawan kepada width in attack, di mana pemain pertahanan berada di ruang yang luas dan jauh daripada pemain pertahanan tengah untuk cepat mengasak pemain sayap lawan. Pasukan yang mempunyai pemain pertahanan sayap (wingback) yang laju gemar bermain cara sebegini.

Pemain ini akan berada di ruang luas supaya pemain sayap lawan akan bergerak ke ruang dalam atau bahagian tengah padang. Ini bertujuan melemahkan pemain sayap bermain di ruang yang sempit dimana menyukarkan pemain sayap tersebut untuk membuat sebarang gerakan serangan.

 

Depth in Attack

Ini adalah strategi di mana ketika bola berada di ruang attacking third, pemain-pemain diminta untuk berada di ruang kotak penalti. Ini mungkin digunakan ketika pasukan lawan menggunakan strategi meramaikan pemain mereka di kotak penalti.

Jika melakukan serangan, minima mempunyai 3 penyerang dalam kotak penalti. Akan tetapi, cara begini agak risiko jika pasukan lawan bijak dalam melakukan counter pressing.

 

Depth in Defence

Ini adalah strategi meramaikan pemain pertahanan di ruang defensive third. Dalam istilah dikalangan peminat bola disebut sebagai parking the bus, iaitu mempunyai lebih 8 pemain dalam kotak penalti apabila dalam situasi bertahan.

Ada juga jurulatih masih menggunakan idea Catennaccio atau menggunakan seorang pemain pertahanan yang bertindak sebagai libero atau sweeper.

 

Balance in Attack & Defence

Ini adalah strategi yang seimbang dalam keadaan menyerang dan bertahan. Pemain mengekalkan jarak posisi antara satu sama sepanjang perlawanan. Dalam strategi ini jurulatih memfokuskan untuk melakukan serangan pada pemain yang lemah pasukan lawan.

 

Taktikal Umum ketika Menyerang (general offensive tactical)

Ada banyak strategi dalam menyerang. Ini adalah sebahagian boleh diaplikasi dalam pasukan.

 

Hantaran Pass & Move

Ini adalah corak serangan berintensiti tinggi dimana selepas pemain membuat hantaran, pemain perlu bergerak ke ruang kosong jauh daripada pemain lawan. Pemain tidak boleh statik pada satu posisi sahaja. Hantaran akan dihantar kepada pemain yang bergerak ke ruang kosong. Ini adalah strategi kerap digunakan jika pasukan dikawal rapat secara man to man.

 

Hantaran Give & Go

Corak serangan ini juga dikategorikan sebagai berintensiti tinggi. Istilah lain juga dikenali sebagai combination pass atau one-two pass. Konsep utama dalam strategi ini, melakukan hantaran secepat mungkin untuk melepaskan diri daripada pihak lawan.

 

Menukar Arah Serangan

Sebuah pasukan bola sepak akan mengenalpasti kelemahan pertahanan lawan. Contohnya, apabila jurulatih melihat pemain pertahanan kiri lawan lemah, pasukan diminta untuk serangan secara kerap di ruang kanan.

Jika lawan terlalu ampuh ruang kiri dan kanan padang, cara untuk menembusi pasukan lawan adalah kerap menukar arah serangan. Ini untuk membina momentum serangan bertali arus dari pelbagai arah. Pertukaran arah serangan boleh menyebabkan pasukan lawan akan kucar-kacir mengatur barisan pertahanan. Tempoh transisi pasukan lawan adalah ruang kecil untuk pasukan melakukan serangan yang pantas.

 

Fokus Satu Arah Serangan atau Overload

Ini adalah lawan kepada strategi kerap menukar arah serangan. Jika jurulatih sudah mengenalpasti titik kelemahan lawan, contohnya di sebelah kiri, pasukan akan memfokuskan meramaikan pemain di situ.

 

Hantaran Through Ball

Ini adalah strategi menghantar bola ke ruang yang kosong dan tiada pemain. Strategi ini kerap dipakai jika pasukan mempunyai pemain yang mempunyai kepantasan berbanding pasukan lawan.

 

Hantaran Jauh atau Long Ball

Strategi ini biasanya bola dimainkan oleh pemain pertahanan kemudian bola dihantar jauh ke bahagian serangan. Bola akan dihantar ke pemain yang mempunyai kebolehan first ball yang bagus, laju dan seimbang apabila diasak. Pemain ini juga disebut sebagai target man.

 

Target Man

Ini adalah strategi segala hantaran samada hantaran pendek, sederhana atau jauh kepada satu orang pemain penyerang. Pemain ini biasanya mempunyai skil bola sepak yang tinggi. Tujuan target man bergantung kepada strategi pasukan.

Ada menggunakan target man untuk tujuan memegang bola satu tempoh tertentu sebelum semua pemain lain datang ke ruang menyerang. Ada juga target man menjadi penanduk untuk menukar arahan serangan.

 

Ekploitasi ruang antara barisan Pertahanan & Tengah Lawan atau The Hole

Pemain penyerang biasanya akan berada di sebaris dengan pemain pertahanan tengah pasukan lawan. Strategi The Hole ini berbeza dimana pemain akan diposisikan di ruang tengah antara barisan pertahanan dan barisan tengah lawan.

Jika pasukan lawan tidak berdisiplin dalam menjaga ruang ini, strategi ini sangat efektif dipraktiskan.

 

Posisi Tiga Segi atau Triangular Movement

Ini adalah popular dimainkan dalam falsafah bola sepak Tiki-Tika dimana posisi pemain perlu sentiasa dikekalkan dalam bentuk tiga segi. Ini untuk memastikan penguasaan bola secara maksimum sepanjang perlawanan berlangsung.

 

Menukar Posisi Pemain Sayap Kiri & Kanan

Strategi ini sangat sesuai jika mempunyai pemain sayap kiri dan kanan yang berkebolehan menggunakan kedua-dua kaki. Kedua pemain ini akan bertukar-tukar posisi dengan tujuan untuk mengelirukan lawan.

 

Sepakan Percuma, Balingan Ke Dalam, Sepakan Penjaga Gol dan Sepakan Penjuru

Ini adalah strategi situasi bola mati (dead ball). Ada pasukan berusaha untuk membuat provokasi kepada pihak lawan supaya membuat kesilapan untuk mendapatkan peluang sepakan percuma, balingan ke dalam atau sepakan penjuru.

Ini sangat efektik jika pasukan mempunyai kelebihan dalam situasi bola mati.

 

Taktikal Umum ketika Bertahan (general defensive tactical)

Strategi umum ketika bertahan mempunyai empat strategi yang kerap digunapakai:

  1. Strategi Pertahanan Secara Zon (zonal defensive)
  2. Strategi Pertahanan Secara Blok Pertahanan (block defensive)
  3. Strategi Pertahanan Secara Individu (man to man defensive)
  4. Strategi Pertahanan Ketika Situasi Bola Mati (set pieces defensive)

 

Strategi Pertahanan Secara Zon (zonal defensive)

Ini adalah strategi di mana seorang pemain pertahanan mempunyai tugas bertahan dalam zon yang diaturkan. Kebiasaanya, dalam padang zon pertahanan akan dibahagikan kepada empat zon dan sentiasa merujuk kepada 4 pemain pertahanan. Sebab itu, jurulatih suka menggunakan istilah back four.

Dalam zon pertahanan, apabila seorang pemain lawan memegang bola, ada tiga pemain bersiap-sedia. Untuk pemahaman, boleh gunakan rajah di bawah ini.

 

Pertahanan Pertama (first defender)

Apabila kehilangan bola, pertahanan dalam situasi rapuh kerana minda sedang berubah dari menyerang ke bertahan atau barisan pertahanan sedang disusun. Pertahanan pertama adalah individu pertama paling penting. Pemain mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu melewatkan pergerakan lawan atau delay the opponents.

Pertahanan pertama perlu sedaya upaya rapat kepada pemain lawan yang memegang bola. Pastikan pemain lawan berada di ruang kanan atau kiri. Jarak yang selalu disarankan adalah dalam linkungan 2 meter.

Pertahanan pertama perlu memberi tekanan supaya pihak lawan tidak membuat pergerakan atau gelecek. Jika perlu, bentesan perlu dilakukan. Larian yang dilakukan oleh pemain ini perlu arah dimana pemain lawan akan ke satu ruang dikehendaki.

Pertahanan Kedua (second defender)

Fungsi pertahanan kedua adalah sebagai sekuriti untuk pertahanan pertama. Dalam mana-mana sistem pertahanan, sekurang-kurangnya ada dua pemain mengawal seorang pemain. Jarak yang disarankan pemain pertahanan kedua dengan pertahanan pertama adalah dalam linkungan 6 meter.

Pertahanan Ketiga (third defender)

Tugas pertahanan ketiga adalah sebagai ‘sweeper’. Peranan pertahanan ketiga adalah mengakses situasi semasa secara keseluruhan dan perlu berfikir 2-3 langkah ke hadapan.

Pertahanan Keempat (fourth defender)

Lebih kepada berjaga-jaga jika pihak lawan menukar arah serangan.

 

Strategi Pertahanan Secara Blok Pertahanan (block defensive)

Ini adalah strategi pertahanan dirancang berasaskan blok sekumpulan pemain. Menurut kata-kata Johan Cryuff, pemain pertahanan pertama adalah penyerang. Berdasarkan kata-kata ini, blok pertahanan boleh dirangka kepada 3 blok pertahanan.

Bina satu blok pertahanan daripada pemain penyerang. Bina blok pertahanan daripada barisan pemain tengah dan blok pertahanan big four sebagai benteng pertahanan terakhir. Garisan blok pemain ini sebaik-baiknya dibuat pada satu garisan lurus terutama blok bari pertahanan terakhir supaya senang untuk melakukan perangkap offside. Perlu ingat blok pertahanan digerakkan berdasarkan di mana bola berada.

Ada pendapat mengatakan bahawa jarak di antara blok barisan pemain tengah dengan barisan pemain pertahanan dalam linkungan 15 meter. Jika bola yang dipegang pihak lawan semakin menghampiri gawang gol, jarak ini perlu lebih rapat.

 

Strategi Pertahanan Secara Individu (man to man defensive)

Ini adalah strategi di mana satu orang pemain diikuti oleh seorang pemain sepanjang perlawanan berlangsung. Ini adalah strategi jika seorang pemain tersebut mempunyai pengaruh dominan dalam menyumbang strategi pasukan lawan.

Kelemahan strategi ini dikenalpasti jika pemain yang dikawal ditukar ke pemain gantian baru ataupun menjadikan pemain ini sebagai umpan.

 

Strategi Pertahanan Ketika Situasi Bola Mati (set pieces defensive)

Apabila dalam situasi sepakan percuma (free kick), jurulatih atau penjaga gol akan mengarahkan untuk membina dinding (block wall). Apabila situasi sepakan penjuru, cara terbaik adalah menggunakan strategi mengawal pemain secara zon (man marking in zone). Ini lebih praktikal. Apa-apa pun ini masih bergantung corak permainan semasa.

 

 

Jurulatih Perlu Peka Dengan Perkembangan Semasa

Taktikal & strategi bola sepak sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Boleh lihat di Eropah pelbagai idea baru wujud dalam bola sepak. Gaya permainan gegenpressing sebagai cara memenangi bola di kawasan lawan juga idea baru dalam bola sepak.

Falsafah ball possession sebagai strategi serangan terbaru juga telah menjadi evolusi pada tahun 2008 yang diperkenalkan oleh Barcelona. Kini Pep Guardiola memperkenalkan free flow attacking menggunakan asas formasi bola sepak zaman awal kurun 1990 juga telah berkembang menjadi corak permainan baru.

Sebagai jurulatih perlu peka dengan sebarang perkembangan supaya corak permainan sesuai dengan peredaran masa. Kita tidak mahu dilabel sebagai jurulatih yang ortodoks dalam strategi perlawanan. Jurulatih sentiasa adaptasi dengan membaca, memasuki kursus kejurulatihan atau terlibat dalam komuniti sesama jurulatih.

 

Artikel ini disumbangkan oleh Coach Adib Yazid. Beliau sudah mempunyai sijil kejurulatihan lesen D FAM dan diiktiraf oleh AFC. Sekarang beliau sedang membawa pasukan OCFC (Orchid City Football Club) yang baru sahaja memenangi juara Plate TDSL Ardence Arena 2018. 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: