Aspek-Aspek Penting Pembangunan Pemain Bola Sepak Dari Sudut Kejurulatihan

Bola sepak adalah sukan yang mempunyai peminat yang ramai. Sukan ini dipertandingkan dari pelbagai peringkat. Boleh bermula sejak seumur 5 tahun sehinggalah usia veteran.

Dalam bola sepak moden, pembangunan pemain bola sepak bukan sekadar meliputi aspek teknikal bermain bola sepak. Akan tetapi, secara keseluruhan termasuklah aspek fizikal & kecerdasan mental.

Di sini saya senaraikan, beberapa poin yang perlu anda tahu untuk pembangunan seorang pemain bola sepak. Di antaranya:

  • Kelajuan (pace)
  • Ketangkasan (agility)
  • Keupayaan Memecut (sprint)
  • Ketahanan (stamina)
  • Kekuatan (power/strength)
  • Ketahanan  (endurance)
  • Keupayaan Melompat (jumping)
  • Keseimbangan (balance)

Kelajuan (pace) adalah mengenai seberapa cepat seorang pemain itu perlu sampai ke satu kawasan atau ke arah pemain. Bola sepak hari ini banyak menekankan aspek tempo atau ritma (rhythm) sebuah pasukan. Maksud tempo adalah seberapa cepat bola bertukar kaki dari seorang pemain ke pemain yang lain. Bola sepak hari ini menekankan kepantasan sebuah pasukan membawa bola daripada kawasan defensive third ke attacking third. Apabila pasukan dengan pantas dapat mengalih bola, pertahanan pasukan lawan akan lambat menyusun barisan pertahanan. Ini boleh meningkatkan peratus mencipta gol.

Manakala ketangkasan (agility) pula mengenai perubahan posisi pemain daripada statik ke satu pergerakan. Contohnya, daripada duduk ke fasa berlari. Dalam bola sepak, ianya merujuk daripada posisi berdiri pemain kepada membuat larian pantas. Ada pemain mempunyai larian yang laju tetapi lewat membuat larian. Ini bermaksud ketangkasan pemain ini masih lemah. Pemain pertahanan sayap kiri dan kanan biasanya mempunyai kelajuan dan ketangkasan yang tinggi.

Keupayaan memecut (sprint) mempunyai definisi hampir sama seperti kelajuan. ia adalah keupayaan mempunyai ketangkasan yang tinggi dan kepantasan yang baik. Menurut kamus Dewan Bahasa, memecut merujuk membuat larian pantas dalam jarak yang pendek dalam tempoh masa yang singkat.  Bahasa paling mudah untuk memahami memecut ini adalah dari fasa joging ke fasa membuat larian dan berhenti. Atau larian sederhana laju ke lebih laju dan kembali semula ke larian sederhana laju.

Ketahanan atau selalu disebut oleh para jurulatih adalah stamina. Mempunyai stamina yang tinggi bermaksud pemain tersebut boleh mengekalkan larian, pergerakan dan fokus yang sama sepanjang 90 minit perlawanan. Pemain yang mempunyai pertahanan yang bagus adalah pilihan jurulatih kerana dapat membantu pasukan mengekalkan tempo sepanjang perlawanan.

Seterusnya, keseimbangan (balance). Maksud keseimbangan ada dua definisi. Keseimbangan statik (static balance) yang bermaksud boleh berdiri dengan tegak walaupun badan menerima tolakan. Kedua, keseimbangan dinamik (dynamic balance) iaitu seimbang dalam situasi bergerak (moving equilibrium). Pemain yang mempunyai keseimbangan dinamik  boleh membawa bola dengan larian yang deras tidak mudah jatuh walaupun diasak secara fizikal. Lionel Messi adalah salah satu contoh pemain yang mempunyai keseimbangan dinamik yang sangat baik.

Kekuatan seorang pemain merujuk bagaimana pemain itu menghadang pemain lain atau tahap kepaduan sepakan. Ada penyerang mempunyai skil yang terbaik tetapi lemah atau senang dihalang secara fizikal oleh pemain lawan. Didier Drogba adalah contoh pemain yang mempunyai tahap kekuatan yang bagus disamping kelajuan menakjubkan dan pada masa yang sama ketangkasan yang menggerunkan.

Endurance mempunyai maksud lebih kurang dengan stamina. Di sini saya lebih suka merujuk kepada menjaga fokus yang sama sepanjang perlawanan. Keupayaan melompat (jumping) juga salah satu aspek perlu diterapkan dalam latihan. Melompat amat penting dalam situasi bertahan di udara (menanduk bola ke luar) atau situasi menyerang (menanduk bola ke arah gol).

 

Latihan Meningkatkan Agility, Speed & Sprint

Ada pelbagai jenis latihan boleh meningkatkan 3 aspek ini dalam satu kombinasi latihan.  Dril latihan meningkatkan agility, lebih memfokuskan membuat larian pendek dari satu poin ke poin seterusnya tetapi dengan perubahan arah lebih kerap.

Cara lain, adalah membuat dril latihan melompat dan membuat perubahan arah larian. Contoh biasa digunakan;

  • Membuat larian yang pantas dan pendek (speed & sprint)
  • Mengenakan halangan setinggi 1 kaki, pemain perlu melompat halangan (jumping).
  • Meletakkan kon untuk menukar arah (agility)
  • Kembali membuat larian (speed & sprint)

Rope ladder, small cone atau small huddle adalah alat asas yang kerap digunakan untuk melatih aspek-aspek ini. Perkara paling penting dalam membuat dril latihan ini:

  1. Fokus kepada kaki & kekuatan kaki.
  2. Pergerakan sentiasa ke hadapan.
  3. Lutut kerap digunakan ke arah atas (lutut ditinggikan).
  4. Kaki sentiasa berpijak di tanah.
  5. Perlu mempunyai lebih daripada 3 langkah.
  6. Pusat graviti badan direndahkan.
  7. Perubahan arah lebih 90 darjah.

Kesemua poin ini penting kerana ini adalah mimik kepada situasi dalam permainan. Jika  pasukan anda tidak mempunyai bajet membeli barang latihan, cukup sekadar dengan menggunakan kon-kon kecil dan minta pemain membuat larian di antara kon-kon.

 

Latihan Meningkatkan Stamina & Endurance

Sekarang bukan zaman pemain dipaksa melakukan jalan itik di atas padang untuk meningkatkan stamina pemain. Ada dua cara hendak meningkatkan stamina & endurance pemain, samada;

  • Menggunakan bola. Iaitu bermain dalam 7v7 dalam tempoh yang lama & dril latihan istimewa (kombinasi stamina & latihan melakukan hantaran).
  • Tanpa bola. Memadai dengan membuat larian 10km tanpa henti atau larian menaiki tangga. Cara lain adalah berenang, berbasikal dan joging.

Stamina boleh dibina jika badan melalui proses yang memenatkan. Jurulatih perlu berhati-hati mengendalikan latihan stamina. Jika berlebihan akan menyebabkan pemain mudah cedera.

 

Sentiasa Memberikan Terbaik dalam Kejurulatihan

Tugas jurulatih amat besar dalam pembangunan seorang pemain apatah lagi sebuah pasukan. Tugas ini sebenarnya bukan tugas seorang jurulatih semata-mata. Hari ini ada jurulatih khas yang berperanan dalam meningkatkan aspek ketahanan, stamina dan kelajuan sahaja. Tugas ini menjadi lebih fokus dan lebih efektif.

Bola sepak dimainkan selama 90 minit dan 22 orang pemain. Dikatakan secara purata, pemain hanya memegang bola di antara 3-5 minit sahaja. Selebihnya bergerak (berlari atau berjalan) tanpa bola. Oleh sebab itu, ada jurulatih berpendapat latihan stamina atau kecergasan boleh sahaja dilakukan tanpa bola.

Pada pendapat peribadi, saya sukakan setiap sesi pemain memegang bola walaupun tema latihan hari tersebut adalah meningkatkan stamina pemain. Apa-apa pun bergantung kepada kreativiti jurulatih mempunyai variasi dalam latihan agar suasana latihan tidak membosankan, kondusif dan menyeronokkan.

 

Artikel ini disumbangkan oleh Coach Adib Yazid. Beliau sudah mempunyai sijil kejurulatihan lesen D FAM dan diiktiraf oleh AFC. Sekarang beliau sedang membawa pasukan OCFC (Orchid City Football Club) yang baru sahaja memenangi juara Plate TDSL Ardence Arena 2018. 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: