Aktiviti ‘Player Scouting’ – Mencari Permata Di Belantara

Bola sepak adalah sukan yang dimainkan secara global di seluruh dunia. Ini adalah sukan yang mempunyai peminat yang ramai. Bahkan, di Malaysia sendiri sukan bola sepak disebut sebagai sukan rakyat.

Kelab bola sepak pula adalah himpunan pemain terbaik yang dapat dikumpulkan untuk menjadi sebuah pasukan yang boleh bermain bola sepak dengan baik. Apabila berbicara tentang kelab bola sepak, pokok utama adalah prestasi semasa kelab. Prestasi sesebuah pasukan adalah sangat bergantung kepada kondisi pemain. Anda perlu tahu pemain juga mempunyai batas dari segi umur, kesihatan dan motivasi. Pemain bukanlah sepanjang 10 tahun bermain sentiasa berada di prestasi yang sama.

Bagi mengekalkan kesinambungan sebuah pasukan bagi kelab bola sepak, aktiviti mencari bakat baru adalah kewajipan. Aktiviti ini disebut ‘player scouting’, iaitu mencari bakat dari luar pengaruh kelab untuk dibawa masuk. Aktiviti ini sangat penting bagi mengelakkan sesebuah kelab itu ketandusan bakat baru. Fokus utama aktiviti ini selain mencari bakat baru, adalah mencari pemain yang bakal boleh dilamar masuk. Kelab-kelab utama dunia sentiasa mempunyai jaringan pencarian bakat baru di seluruh dunia.

Malaysia tidak kurang juga mempunyai sistem player scouting sendiri. Akan tetapi aktiviti ini lebih kepada trial session sahaja. Dimana di war-warkan di sosial media atau berita, bahawa tarikh sekian-sekian ada trial session dan akan melalui proses saringan dalam masa sehari. Aktiviti ini biasa hanya dijalankan untuk pemain bawah 17 tahun sahaja.

Sebenarnya aktiviti player scouting merangkumi segenap lapisan umur pemain bola sepak tersebut. Ini termasuklah:

  • Pemain di Liga Bawahan / Liga Komuniti
  • Pemain Bawah 16 tahun
  • Pemain Bawah 18 tahun
  • Pemain Bawah 21 tahun
  • Pemain yang telah dikenalpasti awal oleh kenalan atau ejen-ejen

 

Kenapa Aktiviti Player Scouting Sangat Penting?

Aktiviti ini mungkin menelan masa yang panjang dan memakan belanja perjalanan melihat seorang pemain. Akan tetapi, perlu mengakui aktiviti ini sangat penting untuk mencapai objektif ini:

  1. Meluaskan skop pencarian bakat. Kelab mahukan pencarian bakat bukan sahaja di kawasan sekitar kelab sahaja iaitu pemain kelahiran (home grown) tetapi mahu meluaskan sehingga ke seluruh dunia, jika boleh.
  2. Mencari pemain yang tepat dengan taktikal pengurus / jurulatih. Pemain sedia ada dalam kelab tidak serasi atau kurang sesuai dengan taktikal bakal dipakai. Aktiviti ini mencari bakat di luar sana.
  3. Boleh menawarkan kontrak seperti gaji lebih murah berbanding harga pasaran. Jika beli pemain yang sudah ternama, agak mahal untuk dipancing ke kelab. Lebih baik, cari bakat yang masih ada potensi untuk diperkembangkan.

 

Kriteria Asas Yang Dicari Pada Pemain

“Saya mahu pemain yang terbaik!” – ini adalah ungkapan jurulatih apabila ditanyakan pemain bagaimana yang mahu dalam kelab mereka. Ungkapan ini agak sukar bagi sesiapa yang melakukan aktiviti player scouting. Ini normal apabila jurulatih tidak spesifik dalam memperihalkan pemain yang mahu dibawa masuk.

Di bawah ini saya sertakan panduan atau kriteria yang perlu ada pada pemain mengikut posisi.

#1. Penjaga Gol (Goalkeeper)

  • Mempunyai refleksi terhadap pergerakan bola.
  • Boleh berkomunikasi efektif dengan barisan pertahanan.
  • Mempunyai keberanian satu lawan satu.
  • Boleh memberi arahan dalam kotak penalti.
  • Mempunyai kebijaksanaan melihat perlawanan (aerial intelligence).

#2. Pemain Pertahanan Tengah (Centre Back)

  • Mempunyai teknikal menanduk yang baik.
  • Mempunyai keberanian melakukan bentesan yang baik.
  • Mempunyai ketinggian (ada jurulatih tidak meletakkan syarat ini).
  • Berani untuk mendapatkan bola dalam situasi berbahaya.
  • Mempunyai tanggungjawab tinggi terhadap pasukan.

#3. Pemain Pertahanan Sayap (Full Back / Wing Back)

  • Mempunyai larian atau pace yang bagus untuk turun dan naik atas padang.
  • Mempunyai stamina yang tinggi.
  • Mempunyai kesedaran dan anticipation yang tinggi.
  • Mempunyai keberanian melakukan bentesan yang baik.
  • Bijak melakukan marking dan covering.
  • Mempunyai work rate atau kerja pasukan yang bagus.
  • Mempunyai tanggungjawab tinggi terhadap pasukan.

#4. Pemain Tengah (Midfielder)

  • Mempunyai stamina tinggi untuk bermain sepanjang 90 minit.
  • Mempunyai teknikal hantaran pendek dan jauh yang baik.
  • Mempunyai kesedaran posisi yang bagus.
  • Mempunyai teknikal melakukan tugas pertahanan.
  • Mempunyai tanggungjawab tinggi terhadap pasukan.

#5. Pemain Sayap (Winger)

  • Mempunyai larian atau pace yang bagus untuk turun dan naik atas padang.
  • Mempunyai teknikal melakukan gelecek yang bagus.
  • Mempunyai kebijaksanaan ketika tidak memiliki bola.
  • Kreatif dalam membuat tugasan menyerang.

#6. Pemain Penyerang (Forwards)

  • Mempunyai penyudah yang tajam.
  • Mempunyai composure yang baik seorang penyerang.
  • Mempunyai teknikal bola sepak secara keseluruhan.
  • Mempunyai kemahiran menanduk dengan baik.
  • Mempunyai larian yang laju dan pace yang mantap.
  • Mempunyai kebijaksanaan ketika tidak memiliki bola.

Kalau lihat poin-poin yang diberikan, pemain penyerang mempunyai senarai yang sukar. Ini sebab kenapa sesebuah kelab sanggup membayar mahal atau menawarkan apa sahaja terbaik untuk seorang pemain penyerang.

 

Proses Aktiviti Player Scouting Adalah Aktiviti Konsisten

Kepada sesiapa yang terlibat dalam aktiviti player scouting, mestilah mempunyai database yang besar tentang pemain. Kebiasaannya, bermula dengan diperkenalkan oleh individu tertentu yang mahu menengahkan bakat pemain tersebut. Apabila maklumat ini tiba ke kelab, wakil daripada kelab akan dihantar untuk melihat pemain tersebut.

Kerja player scouting bermula samada melihat pemain tersebut ketika sesi latihan atau ketika sesi perlawanan dalam sesebuah liga. Ada berpendapat, lihat pemain tersebut bukan sekali tetapi lebih 2-3 kali. Ini untuk melihat konsistensi pemain tersebut dan variasi dalam setiap perlawanan. Konsistensi adalah kunci utama mencari pemain yang berbakat.

Selepas itu, pemain itu akan dilihat dari pelbagai aspek luar padang. Perkara yang dilihat adalah latar belakang pemain tersebut. Contohnya tinggal dimana, tahap sosio ekonomi, tahap pembelajaran, prestasi akademik semasa dan macam-macam lagi. Jika pemain tersebut kena dengan apa yang dicari, pemain ini akan ditawarkan untuk melakukan trial session bersama kelab. Trial session ini bertujuan untuk kena dengan falsafah latihan bola sepak kelab.

Barisan kejurulatihan kelab akan melihat pemain ini dengan lebih dekat. Sebab itu, kelab perlu mempunyai barisan kejurulatihan yang mantap untuk menilai pemain tersebut. Jika pemain itu tepat dengan kriteria dicari, proses tawaran dan rundingan bakal dilakukan.

Kelab akan menawarkan kepada pemain samada pinjaman untuk satu tempoh (biasanya satu musim liga), secara kontrak tetap atau perkongsian (co-ownership).

Ini adalah proses keseluruhan untuk aktiviti player scouting.

 

Artikel ini disumbangkan oleh Coach Adib Yazid. Beliau sudah mempunyai sijil kejurulatihan lesen D FAM dan diiktiraf oleh AFC. Sekarang beliau sedang membawa pasukan OCFC (Orchid City Football Club) yang baru sahaja memenangi juara Plate TDSL Ardence Arena 2018. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: