Profil Jurulatih : Coach Ibrahim Hashim

Coach Ibrahim Hashim adalah seorang yang sangat meminati bolasepak dan bercita-cita menjadi pemain bolasepak professional.  Peluang yang tiada sebagai pemain di peringkat yang lebih tinggi membuatkan beliau mengambil langkah untuk bermain di dalam liga-liga anjuran Persatuan Bola Sepak Negeri Lembah Klang.

Beliau pernah beraksi bersama pasukan Sharp Roxy yang bermain di liga Dunhill Divisyen 1 Kuala Lumpur dan juga beberapa pasukan di dalam Liga Selangor untuk mendapatkan tempat di dalam liga utama Malaysia.

Selepas tidak lagi bermain secara kompetitif, pada Mac 2015 beliau telah mengikuti kursus kejurulatihan peringkat awalan (sekarang disebut sebagai Lesen D FAM/AFC) bolasepak dibawah kendalian Coach Ismail Zakaria. Kursus ini adalah anjuran Persatuan Bola Sepak Selangor. Beliau mengikuti kursus kejurulatihan ini bagi mendapatkan kemahiran dan mendapatkan teknik yang betul dalam permainan bolasepak yang selama ini beliau tidak dapat sepanjang beliau bermain.

Coach Bola Sepak - Coach Ibrahim 01.jpeg

Kerana begitu minat dalam bola sepak, beliau mengikuti kursus kejurulatihan dengan niat menambah ilmu dan cuba memperbaiki diri sendiri dalam bolasepak.

Selepas berjaya mendapat sijil kejurulatihan awalan bolasepak, beliau telah menyertai Akademi Bolasepak GENPRO FC bagi peringkat Grassroot untuk menimba pengalaman dan mencurah ilmu dengan mengajar kanak-kanak peringkat umur 10 sehingga 12 tahun. Beliau juga terlibat secara tidak langsung dalam penyediaan pasukan dalam Liga 1MCC untuk pasukan GENPRO FC.

Kini beliau masih lagi mencurah ilmu diperingkat Grassroot dengan menyertai akademi FIRST11 FC bertempat di Subang Jaya dan mengendalikan pasukan berumur dibawah 16 tahun.

Penglibatan bersama ZXiV FC adalah secara tidak sengaja pada tahun 2015 apabila rakan-rakan yang bergiat aktif dalam perlawanan bolasepak persahabatan mencari seorang jurulatih. Beliau yang sekadar hanya menyertai sebagai pemain sosial persahabatan bolasepak dan bermain pada hujung minggu telah dilantik sebagai jurulatih tidak rasmi pasukan.

Pada tahun 2016 dan dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pegawai pasukan dan pengurus untuk menyertai liga Klang Valley Damansara (KVL) dengan lebih serius. Beliau telah dijemput berkali-kali, akan tetapi beliau mengakui sendiri hanya dapat memberikan komitmen selepas empat perlawanan liga sudah berlangsung. Bermula dari situ ZXiV FC yang dikendalikan oleh beliau telah mendapat tempat ke-3 liga Divisyen 1.

Coach Bola Sepak - Coach Ibrahim 02.jpeg

Bermula 2017, ZXiV FC yang dibimbing beliau meningkat dari perlawanan ke perlawanan dan berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Klang Valley Divisyen 1 Damansara bertempat di Stadium Panasonic Shah Alam dan berjaya mendapat Naib Juara.

Penghujung 2017 beliau terus membimbing sebagai jurulatih ZXiV FC menyertai Liga Klang Valley City Centre dan berjaya menjadi Juara dan mendapat slot playoff Selangor Champion League 2018 (SCL2018) dengan rekod perlawanan menakjubkan, 12 perlawanan menang dan 1 perlawanan seri daripada 13 perlawanan yang sudah diharungi.

Tahun 2018 ZXiV FC terus melangkah cemerlang. Sekali lagi di bawah kendalian beliau dengan menjadi Juara Liga Klang Valley Super Ardence Arena 2018 dan mengesahkan slot ke Selangor Champions League 2018 secara automatik . Selangor Champions League yang akan berlangsung pada September 2018 ini.

Melihat perkembangan ZXiV FC yang memberangsangkan dan komitmen serta kepercayaan pegawai pasukan, pada ketika Liga Klang Valley Super sedang berlangsung, beliau telah mengikuti Kursus Kejurulatihan Peringkat C FAM/AFC dan berjaya mendapatkan Lesen C sebagai jurulatih bolasepak yang di iktiraf oleh AFC.

Falsafah beliau dalam bolasepak adalah mementingkan kerjasama berpasukan, tolong menolong dan sebuah pasukan perlu menghormati setiap ahli pasukan dan juga pegawai pasukan.

Dengan menerapkan 3 perkara penting dalam pasukan dan sentiasa memberi ingatan kepada pemain sebelum perlawanan 3 perkara ini menjadi tunjang kekuatan ZXiV FC selama ini.

Beliau percaya sebuah pasukan menggunakan falsafah bolasepak 5P menjadikan setiap pemain dapat menyerlahkan kekuatan setiap individu dan secara keseluruhan membantu ahli pasukan lain menjalankan kerja masing-masing dalam sesebuah perlawanan.

 

Pencapaian Bersama Pasukan Peringkat Bawah Umur

  • Tempat Ke-3 Karnival Akademi PKNS Bawah 10 Tahun – Pasukan GENPRO FC
  • Naib Juara Karnival MBSA Bawah 10 Tahun – Pasukan GENPRO FC
  • Naib Juara Karnival Bola Sepak Hambra Challenge Bawah 10 Tahun – Pasukan GENPRO FC
  • Champion Plate Air Asia Junior League Bawah 16 Tahun – Pasukan First 11 FC

Pencapai Peringkat Terbuka

  • Naib Juara Karnival Panasonic – Pasukan Panasonic PIDMY
  • Naib Juara Klang Valley League Damansara 2017 – Pasukan ZXiV
  • Juara Klang Valley League City Center 2017 – Pasukan ZXiV
  • Juara Klang Valley League Super Ardence Arena 2018 – Pasukan ZXiV

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s