Gaya Melatih Jurulatih – Ada 3 Gaya Jurulatih Boleh Kenalpasti

Sebelum ini, saya telah mengupas isu apakah elemen yang menjadi seseorang itu jurulatih yang bagus. Kali ini saya akan mengupas gaya-gaya seseorang jurulatih.

Seperti sedia maklum, seorang jurulatih tidak boleh terlalu ‘rigid’ terhadap penyampaian. Kena menjadi seorang yang kreatif dalam menyampaikan mesej supaya sampai kepada pemain.

Kalau anda seorang pemain bola sepak, anda mungkin sudah faham gaya-gaya kejurulatihan setiap jurulatih. Terdapat beberapa gaya dalam melatih dan juga gaya seorang jurulatih yang ada diluar sana.

Sebelum saya mengulas lanjut tentang cara saya melatih dan prinsip yang ada pada diri saya, kita lihat dulu gaya seseorang jurulatih itu yang kerap boleh dilihat.

 

Coach Bola Sepak - 3 Gaya Kejurulatihan.png

 

#1. Gaya Seorang Bos (boleh sebut ‘bossy’)

Seorang jurulatih yang mempunyai gaya ini adalah jurulatih yang membuat segala keputusan terhadap pemain, keputusan taktikal, suka mengarah dan menggunakan nada yang tinggi dan menunjukkan sikap seorang yang suka mengarah.

Ia umpama kita kerja dalam sebuah syarikat. Pemain adalah pekerja dan jurulatih adalah majikan. Segala permintaan, peraturan dan arahan seorang bos perlu diikuti. Jangan tanya kenapa. Apa yang perlu anda lakukan adalah ikut.

Tak ikut, maka anda tak berada dalam senarai kesebelasan pasukan.

 

#2. Gaya Seorang ‘Minder’.

Jurulatih hanya membuat sedikit keputusan dan sedikit sahaja usaha untuk memberi tunjuk ajar dan memperbaiki kelemahan seseorang pemain itu. Gaya ini lebih kepada jurulatih yang mahu pemain membuat keputusan sendiri dan hanya menegur kesilapan dan kelemahan jika perlu sahaja.

Boleh dikatakan, input untuk membuat perubahan agak sukar untuk diperolehi oleh seorang jurulatih bersikap begini. Adakalanya, lebih suka menjerit apabila buat salah sahaja. Bila pemain melakukan perkara betul, mungkin hanya berdiam diri sahaja.

 

#3. Gaya Seorang ‘Guider’.

Ini adalah gaya yang patut ada dalam setiap jurulatih. Bagaimana yang dikatakan ‘guider’? Ianya adalah jurulatih yang membuat keputusan dan menunjukkan cara yang betul kepada pemain yang dilatih.

Gaya ini selaunya jurulatih yang mahukan yang terbaik untuk pemain dan pasukan. Gaya jurulatih ini ada falsafah dan mahukan taktikal dan teknik yang bagaimana beliau mahukan pada sesuatu permainan.

 

Mana Satu Gaya Yang Sesuai Diterapkan?

Tidak salah untuk berpegang kepada satu prinsip atau gaya melatih, kerana sebuah pasukan  berbeza dari tahap kecergasan, tahap teknik pemain, tahap permainan dan juga tahap individu yang ada dalam pasukan.

Ada jurulatih yang sangat berpegang kepada satu gaya sahaja sehingga menghadkan kreativiti seseorang pemain itu. Ada juga yang langsung memberikan sepenuh kebebasan kepada pemain untuk melakukan keputusan sehingga membiarkan pemain tanpa tunjuk ajar.

Gaya yang saya gemarkan ketika sesi latihan adalah gabungan serta merangkumi ketiga-tiga gaya diatas. Ada ketika saya melihat dan melakukan pemerhatian pada pemain dalam latihan, saya membiarkan kreativiti pemain berkembang dengan sendiri.

Ada ketika yang sesuai saya memberi tunjuk ajar dengan pilihan yang betul perlu dibuat ketika pemain itu bermain. Akan tetapi corak kejurulatihan perlu bergantung kepada tahap pemain itu, tahap teknik pemain, tahap kecergasan dan tahap pemahaman pemain dalam bolasepak yang saya mahu dimainkan.

Jika diberi pilihan kepada jurulatih diluar sana, anda mahu menjadi jurulatih yang bagaimana?

Itu adalah keputusan anda, kerana saya telah membuat dan memilih gaya saya sebagai jurulatih

Coach Ibrahim Hashim

 

Artikel ini disumbangkan oleh Coach Ibrahim Hashim. Beliau sudah mempunyai sijil kejurulatihan lesen C FAM dan diiktiraf oleh AFC. Sekarang beliau sedang membawa pasukan ZXiV yang baru sahaja memenangi juara Liga Klang Valley (Klang Valley League) Ardence Arena 2018 dan telah mengesahkan tempat ke Selangor Champions League 2018. 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: