ZXiV FC – Pasukan Perlu Dilihat Saingan Selangor Champions League 2018

Bahang semakin terasa, jadual perlawanan liga sosial Selangor Champions League semakin menghampiri.

Bagi peminat bola sepak tempatan, selain liga ‘mainstream’ seperti Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia, liga sosial Selangor Champions League diikuti oleh ramai peminat. Tahun ini, sudah masuk tahun ketiga SCL berlangsung.

Menurut laman web SCL, Football Selangor, liga ini sudah mempunyai pengikut sekitar 61,000 orang dan ketika saingan SCL2017 akhir, telah ditonton oleh 149,000 orang. Oleh itu, SCL adalah idaman setiap pasukan bola sepak sosial.

 

Pasukan Wajib Tengok SCL2018

Secara peribadi, pasukan yang perlu tengok pada SCL kali ini adalah pasukan bola sepak bernama ZXiV. Walaupun tidak memahami apakah maksud apa ZXiV, prestasi pasukan ini berada dalam kelas tersendiri.

Baru-baru ini pasukan ZXiV telah dinobatkan sebagai juara Klang Valley Super League.

Coach Bola Sepak ZXiV KVL 02.jpg

Coach Bola Sepak ZXiV KVL 03.jpg

Sumber: Instagram Football Selangor & Klang Valley League

Difahamkan, pasukan ini dibina sejak tahun 2015 dan bermain sebagai pasukan untuk perlawanan persahabatan sahaja. Pasukan ini meniti tahun demi tahun dan mula masuk ke liga sosial sejak tahun 2016. Menariknya, dalam tempoh 2017, pasukan ZXiV telah merangkul naib juara Klang Valley Damansara 2017 dan Klang Valley City Center 2017.

Pada tahun 2018, pasukan ini menjadi juara liga Klang Valley Super. Ini melayakkan ZXiV mendapatkan slot automatik ke saingan SCL2018.

 

Kenapa Perlu Tengok Pasukan Ini Sepanjang SCL 2018?

Antara faktor utama kenapa menyarankan untuk lihat pasukan ini, perkara utama adalah – jurulatih yang membimbing pasukan ini.

Pasukan ZXiV dibimbing oleh Coach Ibrahim Hashim sejak penubuhan ZXiV sehingga pasukan ini melayakkan diri ke saingan SCL2018.

Coach Bola Sepak ZXiV Ibrahim Hashim.jpg

Coach Ibrahim Hashim

Secara peribadi, pasukan ini bermain bola sepak dengan cara tersendiri. Corak permainan pasukan boleh dilihat, bola dimainkan dari blok bawah (juga disebut blok rendah) dan dibawa hingga ke depan gol. Dengan kata lain, inilah gaya bola sepak yang sebenar dan moden.

Kebanyakkan gaya bola sepak di Malaysia terutama di liga sosial, kerap menekankan hantaran jauh ke ruang hadapan dan menggunakan kelajuan pemain yang ada dalam pasukan. Istilah seperti ‘pump ball’ banyak digunakan.

Berbanding dengan pasukan ZXiV, corak permainan berasaskan kedudukan posisi yang betul sangat menarik untuk dilihat pada saingan SCL2018 akan datang. Kedudukan posisi yang betul adalah asas sebuah pasukan bola sepak yang bagus. Ini sepatutnya diterapkan dalam setiap pasukan bola sepak walaupun hanya sebuah pasukan yang bermain di liga sosial.

Walaupun sebuah pasukan itu mempunyai pemain yang bagus, belum tentu pasukan itu mampu dibentuk untuk menjadi pasukan yang boleh bermain bola sepak sebenar.

Peranan jurulatih ada di sini.

Semoga Coach Ibrahim Hashim membawa pasukan ZXiV ke pencapaian paling tinggi dalam saingan SCL2018 mendatang.

Coach Bola Sepak Zxiv KVL 04.jpg

Follow ZXiV FC di laman Instagram mereka. Instagram ZXiV

 

(Artikel ini tulisan sumbangan oleh jurulatih Adib Yazid. Ketika ini sedang membimbing pasukan Orchid City Football Club. Sebarang artikel mengenai kejurulatihan bola sepak di Malaysia boleh dihantar melalui email coachbolasepak@gmail.com )

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s