Padang Latihan – Kesukaran Mencari Padang Latihan?

Antara perkara perlu ada apabila hendak membuat latihan bola sepak bagi satu pasukan, adalah padang.

Padang perlawanan agak mudah untuk dicari. Hanya perlu ada duit pembayaran, selesai nak guna padang untuk buat perlawanan persahabatan (friendly). Malah siap ada pengadil dan air lagi.

Kalau nak cari padang buat latihan?

Jurulatih Bola Sepak Padang.jpg

Sesi latihan pasukan Orchid City Football Club.

Baru-baru ini pernah kecoh satu pasukan di Pantai Timur, jurulatihnya mengadu bahawa tiada padang latihan yang bagus menyebabkan latihan sukar dikendalikan. Ini adalah punca kemerosotan pasukan terbabit. (Baca Sini)

Malah, pernah kecoh juga di Lembah Klang, satu pasukan yang sangat gah namanya dalam arena bola sepak tempatan – sehingga sekarang tidak mempunyai padang latihan sendiri.

Diusir dari Padang Latihan

Itu pasukan ternama dan sudah mempunyai nama. Bagaimana dengan pasukan bola sepak sosial dan amatur yang ingin menjalankan latihan mingguan? Agak sukar sebenarnya hendak mencari padang bola sepak yang baik untuk buat latihan.

Baca Lagi: 10 Pusat Latihan Dan Fasiliti Terbaik Bola Sepak

 

Pentingnya Padang Bola Sepak untuk Sesi Latihan

Padang amat penting untuk menyediakan set latihan yang pelbagai variasi.

Faktor utama yang perlu dilihat adalah saiz padang. Biasanya, saiz padang ‘standard’ sudah mencukupi untuk sebuah pasukan yang ada 25 pemain menjalankan latihan. Jika mempunyai padang yang sangat kecil, agak sukar untuk sebuah pasukan bergerak dalam padang latihan.

Sebaik-baiknya, sesi latihan adalah mirip kepada keadaan padang lawan. Jika sudah biasa bermain dengan padang yang kecil (latihan), jika bermain di padang besar akan menyebabkan pemain untuk 10 minit pertama, perlu sesuaikan diri dengan keadaan padang.

Penyesuaian ini merujuk posisi pemain, waktu untuk berlari dan berapa pantas untuk berlari.

Faktor kedua, adalah permukaan padang. Sesi latihan perlulah meminimakan risiko kecederaan kepada pemain. Pemain dapat kecederaan ketika sesi latihan adalah satu pembaziran terhadap senarai pemain.

Oleh itu, permukaan padang yang baik – tidak berbatu, rata dan tidak berlopak menjadi keutamaan dalam pemilihan padang latihan. Padang yang permukaan yang tidak rata akan merencatkan sesi latihan. Terutama, latihan yang mahu diterapkan adalah hantaran bawah yang tepat. Tetapi disebabkan padang tidak rata, sesi ini sukar dijalankan.

Latihan berintensiti tinggi (contoh: banyak gerakan, banyak hantaran), memerlukan padang yang rata supaya intensiti tinggi dapat diterapkan sepanjang sesi latihan. Kalau padang berlopak? Alamat, bola tersangkut di atas.

Permukaan padang latihan kalau boleh sama dengan permukaan padang ketika perlawanan.

Baru-baru ini, saya menyaksikan sebuah pasukan sudah biasa dengan padang turf sintetik. Sebagai jurulatih, kita tahu bahawa hantaran yang dilakukan atas padang turf, bola akan senang bergolek dan bergerak laju.

Pasukan yang sama, pada hari perlawanan bermain di padang rumput tebal. 15 minit pertama, kebanyakan hantaran tidak sampai kepada pemain lain. Kalau pasukan ini ada sesi ‘warm up’ sebelum perlawanan, perkara ini boleh diselamatkan. Kalau tiada, pasukan ini sudah rugi 15 minit pertama perlawanan.

Perlu faham, sebagai jurulatih. penguasaan bola pada 10 minit pertama adalah penting.

Soalan utama; mana nak cari padang latihan yang mempunyai kriteria seperti di atas?

(Artikel ini tulisan sumbangan oleh jurulatih Adib Yazid. Ketika ini sedang membimbing pasukan Orchid City Football Club. Sebarang artikel mengenai kejurulatihan bola sepak di Malaysia boleh dihantar melalui email coachbolasepak@gmail.com )

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: