Trequartista adalah perkataan datang daripada bahasa Itali yang bermaksud ‘three quarters’ atau dalam bahasa Melayunya disebut sebagai tiga suku. Kalau matematik, 3/4. Ia merujuk posisi pemain yang berada yang sudah hampir berada 3/4 padang.

Sebelum saya pergi jauh, variasi 4-3-3 ada beberapa. Salah satunya, variasi barisan hadapan, 4-3-1-2. Pada pandangan peribadi, saya lebih sukakan posisi ini atas alasan beberapa perkara. Antaranya;

  • Memaksimumkan penggunaaan ruang tengah. Seolah-olah, ada empat pemain di ruang tengah sahaja. Kompak untuk memenangi dari segi bilangan pemain (Numerical Advantage).
  • Pasukan tiada pemain sayap yang efektif boleh bermain. Ataupun, pemain sayap dirantai rapat oleh pihak lawan.
  • Mempunyai ramai pemain yang boleh memegang bola lebih baik (holding ball) atau tiada pemain yang laju dalam pasukan.

Bahasa lain, organisasi ini, bola tidak akan dimainkan di ruang tepi padang. Kalau kita faham konsep ‘half space’, organisasi ini yang menggunakan ruang ‘half space’ secara optimum. Boleh lihat ada 4 orang berada dalam ruang ‘half space’.

 

Kedudukan Trequartista

Secara amnya, Trequartista berada di antara pemain penyerang dan pemain tengah. Tugas utama memastikan rantaian dan hantaran antara dua ruang ini tidak jauh antara satu sama lain.

Di Itali, pemain yang pernah bermain di ruang ini adalah Franscesco Totti dan Cassano.  Kaka di AC Milan dan Dimitar Berbatov ketika kemuncak karier di Manchester United juga contoh Trequartista yang baik. Manakala di liga Inggeris, kerap disebut sebagai SS atau Second Striker. Contoh lain di Liga Inggeris adalah, Juan Mata dan Wayne Rooney. Jika di liga Bundesliga, Toni Kroos (ketika beliau masih di Bayern Munich).

Menurut jurulatih profesional, Trequartista bukanlah seorang playmaker dan bukan juga seorang pemain penyerang. Biasanya, diberi tugas yang bebas (freedom roles). Adakalanya, jurulatih tidak akan memberi tugasan pertahanan. Paling penting, Trequartista mencari ruang di antara dua garisan pertahanan dan barisan tengah pemain lawan, dan membuat hantaran kreatif. Hantaran yang dilakukan adalah untuk memberi ruang kepada pemain penyerang ruang mencari jalan ke arah gol.

Skil individu yang perlu dikuasai adalah hantaran yang baik dari segi ketepatan. Tambahan, mempunyai visi bola yang jelas apabila berada dalam posisi berbeza. Dari segi corak permainan, seorang yang perlahan dan kurang agresif juga boleh menjadi Trequartista yang baik.

Terus terang, secara peribadi, sukar untuk mencari pemain Trequartista. Jika ada dalam pasukan bersyukurlah!

Coach AY

 

 

 

Close Menu